TAHNIAH YB TUAN HAJI MUHAMMAD SANUSI MD NOR ATAS PELANTIKAN SEBAGAI YANG AMAT BERHORMAT (YAB) MENTERI BESAR KEDAH KE-14

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TAHNIAH YB TUAN HAJI MUHAMMAD SANUSI MD NOR ATAS PELANTIKAN SEBAGAI YANG AMAT BERHORMAT (YAB) MENTERI BESAR KEDAH KE-14

17 Mei 2020 | 24 Ramadhan 1441 H

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor (ADUN Jeneri) atas pelantikan sebagai Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar bagi negeri Kedah Darul Aman yang ke-14 setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan perkenan daripada KDYMM Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke-14 untuk menerajui urustadbir negeri ‘Jelapang Padi’ ini menandakan bermulanya pemerintahan Kedah di bawah Perikatan Nasional yang lebih stabil dan pelantikan beliau merupakan manifestasi kesepakatan yang utuh dalam kalangan ADUN yang membentuk kerajaan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke-14 merupakan seorang yang sangat komited dalam menjalankan amanah yang dipikulnya dalam parti antaranya menjadi peneraju kepada gerak kerja pilihanraya PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14. Beliau juga menjadi tulang belakang mengasaskan PASRelief yang merupakan agensi kemanusiaan kepada jamaah yang telah terlibat dalam pelbagai misi seluruh dunia.

Di peringkat urustadbir negeri pula, beliau permah berpengalaman menjadi Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah ke-10, Almarhum Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak.

DPPM yakin dengan pengalaman yang ada pada beliau di peringkat parti dan di peringkat urustadbir negeri serta dokongan padu daripada majoriti ADUN dalam Perikatan Nasional, beliau mampu meneraju Kedah untuk menjadi negeri yang maju dan sejahtera.

Kami di pihak DPPM mendoakan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah ke-14, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor diberikan petunjuk dan hidayah dalam menjalankan tugasan dan amanah yang telah diberikan.

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#UntukMuMalaysia


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.