TAHNIAH SS DR LUQMAN ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KE-8

Oleh Aljazari

Pada May 17, 2020
"

Baca Lagi

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TAHNIAH SS DR LUQMAN ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KE-8

17 Mei 2020 | 24 Ramadan 1441 H

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah, atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 menggantikan YB Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sesungguhnya pemilihan SS Dr Luqman amatlah bertepatan dengan kefaqihan dan ilmunya sebagai seorang pakar dalam bidang fiqh.

Pemuda PAS mengharapkan agar Sahibus Samahah Dr dapat menjalankan tugas dengan penuh berintegriti dan berhemah demi mengangkat institusi fatwa di Malaysia. Semoga Allah sentiasa memandu Sahibus Samahah Dr dalam menjalankan tugas.

Pemuda PAS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri atas jasa dan khidmat bakti selama 6 tahun menjawat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Terlalu banyak jasa dan perubahan yang dilakukan beliau. Semoga kecemerlangan ini dapat diadaptasi dalam jawatan barunya sebagai Menteri, bagi memperkasakan Islam dan syariatnya di Malaysia.

Siiru ala barakatillah

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#StayHome
#KitaJagaKita

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This