SUMBANGAN KERAJAAN

Oleh Aljazari

Pada April 12, 2020
"

Baca Lagi

Hari ini Kerajaan Perikatan Nasional memegang tampuk kepimpinan di Malaysia selepas diumumkan pada 1 Mac 2020, rakyat Malaysia berada dibawah kepimpinan kerajaan teknokrat yang berkaliber.

Meskipun kerajaan PN baru memegang tampuk pemerintahan di Malaysia, kita dapat melihat prestasi kerajaan dalam menguruskan negara dengan cemerlang dari pelbagai sudut seperti pengurusan mengawal pandemik Covid-19 yang menjadi rujukan dunia namun dalam masa yang sama kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

Disamping kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menstabilkan politik kepartian di Malaysia, kerajaan hari ini juga berjaya menstabilkan ekonomi rakyat sewaktu pandemik Covid-19 dengan menyediakan beberapa kemudahan dan peruntukkan bagi rakyat Malaysia termasuklah golongan Mahasiswa.

Memetik kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yasin, “Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi saya mahu kalian tahu kerajaan ini yang paling mengambil berat tentang kamu. Saya juga faham bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat”.

#MahasiswaIntelektual
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This