KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SOKONGAN PENUH PEMUDA PAS UNTUK CALON BN PRK CHINI
18 Jun 2020 | 27 Syawal 1441 H
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh buat Sdr Mohd Sharim Md Zain, yang baru sahaja diisytiharkan sebagai calon BN bagi PRK Dun Chini.
2. Pemilihan Sdr. Sharim yang juga Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan adalah suatu keputusan yang tepat, memandangkan penduduk Chini serta Dun Pahang sendiri memerlukan lebih ramai suara anak muda di dalam kerajaan, demi mengangkat aspirasi belia.
3. Pemuda PAS mendoakan yang terbaik, dan sentiasa bersedia untuk membantu calon BN dalam PRK Dun Chini. Semoga yang terbaik untuk Sdr Shahrim. Siiru ala barakatillah.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Leave a Reply