SIDANG PARLIMEN 1 HARI : PH TIDAK MALUKAH DENGAN RAKYAT?!

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SIDANG PARLIMEN 1 HARI : PH TIDAK MALUKAH DENGAN RAKYAT?!

8 Mei 2020 | 15 Ramadan 1441 H

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum keputusan Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) mengadakan sidang parlimen selama sehari bagi memenuhi peruntukan perlembagaan yang mensyaratkan untuk diadakan sidang dalam tempoh setiap 6 bulan.

2. Memandangkan situasi wabak pandemik COVID-19 masih belum reda, pelaksanaan selama 1 hari ini adalah tindakan tepat, dan Pemuda PAS menyokong penuh perlaksanaan ini tanpa ragu-ragu.

3. Jika melihat daripada pengamalan Sidang DUN di setiap negeri, ada negeri yang tetap melaksanakan Sidang Dun semaksima 2 hari sahaja dan yang sependek 2 jam, kerana mengambil langkah berjaga-jaga yang sama untuk mematuhi disiplin pengawalan wabak COVID-19 ini.

4. Oleh yang demikian, Pemuda PAS melihat desakan untuk pelanjutan sidang parlimen dilaksanakan seperti kebiasaan adalah desakan yang tidak perlu dan tidak penting, kerana keutamaan sekarang ini adalah untuk memastikan penularan wabak COVID-19 berjaya dikawal. Malah, persidangan dan perbahasan bukan hanya berhenti setakat ini, tetapi akan disambung semula pada tarikh baru iaitu pada bulan Julai melihat kepada situasi semasa.

5. Mengejutkan, PH terbukti bertindak melampaui batasan simpati kepada rakyat dimana, PH telah mendesak YDP Speaker Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi tidak percaya kepada PM dan mahu mengusulkan undi percaya kepada TUn Mahathir untuk dilantik semula menjadi Perdana Menteri. Polemik ini tidak mustahil akan memberi suasana yang tidak tenteram kepada rakyat yang masih gelisah untuk berhadapan dengan Covid 19 seterusnya merosakkan prestasi baik pihak berautoriti yang berjaya mengawal wabak ini dengan cemerlang.

5. Jesteru, Pemuda PAS menyeru supaya desakan ini tidak perlu dilayan. Kami juga mengajak semua rakyat termasuklah para pemimpin masyarakat supaya terus menjaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengawal penularan wabak, serta bersatu padu menjaga negara ini, kerana kita semua adalah rakyat Malaysia yang sangat sayangkan negara.

YB AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#StayHome
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.