PELAN DAMAI : TAJUKNYA SEOLAH-OLAH MURNI, TINDAKANNYA TERNYATA KEJI
Pada 28 Januari yang lalu, dikejutkan dengan suatu pengisytiharan projek “Deal Of The Century” oleh Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump di Rumah Putih. Gaya yang ditonjolkan kelihatan seolah-olah murni dengan melaksanakan Pelan Damai (Peace to Prosperity) akan tetapi hakikat tindakannya adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat Palestin dan keamanan rantau Asia Barat.
1. Apakah “Deal Of The Century” dan agendanya?
Ia merupakan suatu perancangan besar untuk memperluaskan negara Zionis yang dikenali sebagai Israel. 3 agenda yang mereka bawa adalah :
1) Menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel.
2) Pembahagian Tebing Barat kepada Jordan, dan baki adalah milik Israel.
3) Pemindahan rakyat Gaza ke Semenanjung Sinai, Mesir.
2. Pelan Damai : Visi Mengubah Kehidupan Rakyat Palestin dan Israel?
Ia merupakan sebuah kertas kerja yang telah dilancarkan oleh Donald Trump. Secara konklusinya, ia merupakan sebahagian gambaran yang jelas untuk menjayakan agenda “Deal of The Century”. Berikut adalah sebahagian isi yang terdapat di dalam Kertas Kerja Pelan Damai tersebut (mengikut halaman) :
1) Halaman 7
a) Israel menjadi sebuah bangsa yang sah untuk bangsa Yahudi dan untuk status ini diiktiraf di seluruh dunia.
b) Visi ini bertujuan untuk mencapai persepakatan bahawa negara Israel sebagai negara bangsa Yahudi dan negara Palestin sebagai negara bangsa rakyat Palestin.
2) Halaman 9
a) Memaksa Palestin untuk “melepaskan” BaitulMaqdis kepada Israel dan terbuka untuk semua agama.
3) Halaman 12
a) Kerahan untuk menukar warganegara. Misalnya,penduduk Palestin yang berada di zon Israel, perlu memohon kewarganegaraan Israel. Jika sebaliknya, rakyat palestin dihalau dari zon tersebut.
4) Halaman 39, beberapa panduan untuk rakyat Palestin
a) Tidak membuat sebarang percubaan untuk menyertai mana-mana organisasi antarabangsa tanpa persetujuan negara Israel.
b) Tidak boleh mengambil tindakan kepada rakyat Israel atau Amerika Syarikat melalui Interpol atau mana-mana sistem perundangan selain Israel atau Amerika
3. Deal Of The Century hampir berjaya?
Sehingga kini, 2 agenda yang telah dinyatakan di atas telahpun berjaya bermula perpindahan ibu Negara Israel sehinggalah perampasan tanah tinggi Golan dari Syria (Tebing Barat). Kini, perancangan masih diteruskan untuk menjayakan agenda yang ketiga iaitu memindahkan penduduk Gaza ke Semenanjung Sinai.
Demi menjayakan perancangan ini, mereka telah menyatakan beberapa hujah rasional. Antaranya ialah:
1) Populasi yang tinggi berlaku di Gaza, infrastruktur yang tidak dapat menampung kehidupan mereka.
2) Kesukaran untuk mendapat bekalan makanan dan minuman.
4. Kesimpulan
Kami SiswaPas menyeru semua mahasiswa untuk memberikan sokongan dan bersolidariti bersama rakyat Palestin melalui hebahan media, turun berdemonstrasi dan mendesak kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.
(وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَىِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَاۤءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِی جَاۤءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِیࣲّ وَلَا نَصِیرٍ)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Surat Al-Baqarah 120)
Syazani Azri bin Shaari
Mahasiswa,
Universiti Al Azhar Mesir
Leave a Reply