MEMBOCOR SEBUAH PERBINCANGAN SULIT ADALAH SIKAP TERCELA

Oleh Aljazari

Pada May 18, 2020
"

Baca Lagi

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

MEMBOCOR SEBUAH PERBINCANGAN SULIT ADALAH SIKAP TERCELA

18 Mei 2020 | 25 Ramadan 1441 H

1. Pemuda PAS terkejut dengan penularan video tular yang terkandung perbincangan sulit melibatkan hampir kesemua bekas pimpinan Kerajaan walaupun perbincangan mereka melibatkan urusan parti. Penularan ini sebuah lambang betapa bahayanya perangai jijik dan hina ini dipamerkan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab sebagai seorang pemimpin parti politik yang pernah mengemudi negara.

2. Kami tidak boleh membayangkan jika sikap ini dibawa-bawa sehingga ke tahap membocorkan maklumat sulit Kerajaan. Ini secara tidak langsung bakal merosakkan negara dan terdedah kepada bahaya sehingga mengancam keselamatan negara. Jika diteliti penularan video ini, jelas yang menghantar rakaman suara yang dibocorkan adalah mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Menteri dan memegang jawatan yang penting dalam parti komponen bekas Kerajaan.

3. Pemuda PAS menyeru supaya pembocoran maklumat seperti ini adalah yang terakhir buat mana-mana parti yang mengemudi Kerajaan kerana sikap ini jika tidak dibendung akan menjadi barah dan kebiasaan yang jijik bagi mana-mana organisasi apatah lagi ianya melibatkan urusan rasmi Kerajaan.

4. Beringatlah, pembocoran maklumat seperti ini membawa hukuman yang berat dalam Islam sehingga mengakibatkan urusan sehingga ke Akhirat. Kepada yang terlibat dalam perbuatan keji ini, ingatlah yang Mahsyar Allah itu cukup luas untuk kita tanggung akibatnya daripada sikap kotor ini.

NADZIR HELMI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#DemiIslam
#TolakPengkhianatan
#KitaJagaKita

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This