Marcapada Malaysia Kini Dimamah Virus Liberalisasi

Oleh Media SiswaPAS

Pada February 3, 2020
"

Baca Lagi

[Marcapada Malaysia Kini Dimamah Virus Liberalisasi]
Oleh : Muhammad Hairi bin Mohd Ikram

Pada detik frasa awal kita berada pada tahun 2020 ini yang sering dimasyhurkan sebagai tahun penanda aras kemajuan Malaysia seiring dengan perkembangan globalisasi, survival dan hak keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan terutamanya kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dilihat semakin luntur dek dicarik oleh golongan yang mahu “Kebebasan Mutlak” dalam corak kehidupan sosial.

Pihak atau gerakan falsafah berfahaman ideologi yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai tertinggi serta aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas malah ada muslim yang terpesona dengan ideologi ini dilihat ingin melonggarkan pegangan syariat Islam dalam segala aspek kehidupan mereka berurusan.

Mari kita memacu fokus penelitian pada beberapa aspek liberalisasi yang semakin ke pundak pada awal tahun baru ini. Pada 21 Januari yang lepas portal Free Malaysia Today (FMT) menerbitkan laporan kontroversi bertajuk “Ritual agama berlebihan jejas prestasi murid, keluh ibu bapa”. Laporan ini kononnya mendedahkan kerisauan golongan Ibu Bapa terhadap amalan seperti kelas mengaji dan Talaqqi,pemakaian yang labuh ,qiamulail sebagai satu perkara yang dapat menjejaskan prestasi akademik pelajar.

Responden mereka ini sekadar 2 orang yang terlibat lalu dengan mudah mereka mencipta stigma dan persepsi negatif sistem persekolahan yang menitikberatkan pendidikan beragama. Daripada hemat jelas ia tidak boleh diterima sebagai laporan kukuh dan jelas adalah satu usaha ke arah merealisasikan sistem pendidikan negara untuk transformasi ke arah liberalisasi.

Adakah dengan amalan solat fardhu di kediaman asrama, melakukan amalan sunnah terpuji serta pakaian “ Syariah Compliance’’ itu satu bentuk penindasan,ektrismisme atau melanggar hak asasi kemanusiaan ? Semakin membarah kumpulan ini ingin menguasai,mencorak pemikiran golongan ibu bapa dan pelajar untuk hidup berteraskan kebebasan dengan mengkaburi istilah seperti hak asasi.

Lalu, usaha liberalisasi ini disambut dan diraikan lagi oleh Sister In Islam (SIS) yang sering menonjolkan diri sebagai jaguh keceluparan dalam pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti dan kepentingan perkembangan Islam dalam negara. Kelantangan dan keceluparan Sisters in Islam (SIS) dalam menyatakan pendirian mereka dalam isu agama bukanlah sesuatu yang asing. Malah penyelewengan atas nama Islam yang dilakukan oleh mereka amat membimbangkan serta mengelirukan masyarakat umum dengan meletakkan label ‘’Islam’ pada organisasi mereka sedangkan pergerakkannya penuh kebencian pada kesucian Islam.

Antara yang disentuh oleh puak liberalis ini ialah SIS menyatakan bahawa menutup aurat adalah pilihan peribadi dan bukan kewajipan dari al-Quran .SIS secara tegas membantah hudud dan mendakwa bahawa hudud bersifat tidak adil kepada wanita. SIS juga menyokong himpunan dan budaya LGBT serta memperlekeh Fatwa dan mendakwa Fatwa sebagai tidak demokratik.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Januari memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia). Tetapi SIS tidak boleh menghembuskan nafas lega kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytihar pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. Tuntasnya, kita seharusnya berwaspada kerana golongan liberal ini tidak akan berdiam diri sehingga matlamat songsang mereka tercapai.

#MahasiswaIntelektual
#SiswaPAS
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This