KESTABILAN POLITIK PENJANA PEMULIHAN NEGARA

Oleh Aljazari

Pada June 10, 2020
"

Baca Lagi

KESTABILAN POLITIK PENJANA PEMULIHAN NEGARA

MALAYSIA telah menjadi perhatian dunia atas kemampuan menangani penularan COVID-19 dan impak ke atas ekonomi serta kesan terhadap rakyat. Kejayaan ini juga mendapat pujian dunia bersama statistik diunjurkan, termasuk pengiktirafan terhadap pencapaian yang ditempa dalam tempoh singkat ini.

Pacuan positif Malaysia di landasan yang lebih meyakinkan ketika ini ternyata telah mengukir senyuman kelegaan buat seluruh penduduk bumi Malaysia. Perkara ini harus diakui sebagai sejarah yang terpahat lantaran kesungguhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mendahulukan jaminan terhadap kepentingan rakyat dan negara, serta peranan dalam mewujudkan kestabilan politik telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara paling selamat ketika ini. Bahkan ia juga sedang membawa Malaysia keluar daripada kemungkinan kemelut dan putaran ganas kemuncupan ekonomi.

Kejayaan ini juga dibantu oleh kerjasama rakyat yang patuh terhadap arahan-arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Di mana keupayaan ini sebahagian besarnya termasuk pengorbanan dan dedikasi semua ‘hero kita’ iaitu anggota barisan hadapan negara (frontliners).

Hasilnya, kurang 3 bulan, kini kita memasuki fasa PKP Pemulihan (PKPP) yang bersamanya disokong dengan pengumuman baru kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Sebelum itu kita sudahpun dibantu dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) termasuk PRIHATIN PKS Tambahan.

Menerusi PRIHATIN, rakyat telah menikmati Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk bertahan. Bagi membangun semula di fasa PKPP ini, PENJANA menambah 40 inisiatif asas terutama dalam menyelamatkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan meningkatkan peluang pekerjaan khususnya dalam kalangan belia. Inilah solidariti se-Malaysia.

Kerajaan yang prihatin telah menjadikan sumber kekayaan negara untuk memberdayakan seluruh rakyat dan sudah tentu rakyat pula bakal mencurah kemampuannya membangunkan negara. Suntikan kerajaan telah menyelamatkan 93-95 peratus PKS yang terdiri daripada 66 peratus tenaga kerja negara daripada kesan pengurangan pendapatan bulanan akibat pandemik ini.

Ianya juga mengurangkan risiko kehilangan kira-kira sejuta pekerjaan dalam ekosistem sektor pelancongan akibat kerugian yang dianggarkan berjumlah RM20 bilion antara Januari hingga April. Sekurang-kurangnya 4 inisiatif bermanfaat untuk PKS iaitu:
(i) Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS; (ii) Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS; (iii) Pembiayaan PKS PENJANA; dan (iv) Skim SME-Go bagi membantu aliran tunai PKS.

Pemuda PAS yakin keadaan lebih kukuh akan terhasil menerusi polisi atau ketetapan baharu antaranya menerusi galakan kepada pemain industri supaya menggaji pekerja tempatan dengan bayaran yang setimpal. Usaha serampang banyak mata ini bukan sahaja boleh mengatasi isu kadar pengangguran, bahkan menyekat aliran wang negara keluar yang direkodkan bagi tahun 2019 sebanyak RM5 bilion daripada sektor pembinaan sahaja.

Selain daripada itu, kami percaya langkah-langkah ini juga meleraikan isu-isu sosial serta jenayah dan lain-lainnya yang sering berkait dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga asing. Bahkan jika cadangan ini dilaksanakan, ia menjadikan inisiatif PENJANA terhadap golongan bawah 40 tahun melibatkan graduan, lepasan sekolah dan belia menganggur akan lebih signifikan serta meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pekerjaan.

Pun begitu, rakyat juga harus memberikan kerjasama kepada kerajaan untuk menjayakan usaha “no one left behind”. Manfaatkanlah pelbagai skim kemudahan dan insentif untuk merangsang peluang pekerjaan dan memperkasa ekonomi. Kita perlu bersama proaktif meningkatkan produktiviti dan kompetensi dalam merealisasi pemulihan ini.

Kita yakin, pemerintah hari ini yang di pimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerajaan yang sentiasa sudi dan berusaha memahami keluh kesah rakyat, mendengar pandangan dan terbuka untuk diajak berbincang. Oleh itu mari juga kita salurkan pandangan dan idea kita agar dapat berganding bahu demi membawa Malaysia ke mercu yang sejahtera.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Demi Islam”

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This