KENAPA PERLU KURANG AJAR?

Oleh Media SiswaPAS

Pada April 7, 2020
"

Baca Lagi

KENAPA PERLU KURANG AJAR?

1. Pada 3 April 2019 yang lalu Azhar Abdul Shukur atau nama Facebook beliau “Ab Shukur Azhar” yang merupakan bekas calon Parti Amanah Negara (AMANAH/PAN) pada PRK Parlimen Sungai Besar dan juga Pengarah Urusan Ez Qurban telah memuat naik beberapa kata-kata makian dan sindiran kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Facebook beliau.

2. Sudah pasti beliau bukan lah orang yang tidak dikenali oleh masyarakat kerana wajah beliau sudah banyak kali keluar di kaca televisyen akan tetapi segala kekayaan dan kemasyhuran yang ada pada beliau tidak diikuti dengan adab kepada orang yang mempunyai ilmu agama dan juga telah banyak berbakti kepada masyarakat seperti Tuan Guru Haji Hadi.

3. Kami daripada Kelab Mahasiswa Penyokong PAS (SiswaPAS) amat kecewa dengan tingkah laku seorang pemimpin dan juga seorang usahawan yang berjaya kerana beliau boleh sanggup berfikir untuk berkata perkara-perkara yang amat menjijikkan dan juga amat memalukan.

4. SiswaPAS dengan ini menuntut agar saudara Azhar Abdul Shukur untuk memohon maaf dan memadamkan segala posting-posting beliau yang telah menghina Tuan Guru Haji Hadi.

5. Semoga Allah SWT membalas keculuparan mulut anda terhadap seorang ulama dan jika kamu tidak memohon maaf kami mendoakan Allah SWT menghukum anda seperti Allah SWT telah menghukum Qarun suatu masa dahulu.

#BoikotEzQurban

Ahmad Yazid Aiman bin Yahya
Timbalan Pengerusi
Kelab Mahasiswa Penyokong PAS

#MahasiswaIntelektual
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This