ISU BULUH: DR KHAIRUDDIN AT-TAKIRI VS TERESA KOK

Oleh Aljazari

Pada April 19, 2020
"

Baca Lagi

ISU BULUH: DR KHAIRUDDIN AT-TAKIRI VS TERESA KOK

Baru-baru ini hangat isu idea untuk mengkomersialkan penanaman buluh dalam industri perladangan di Malaysia. Ia menjadi isu kerana ada yang mendakwa ia merupakan idea yang ditiru daripada bekas Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi, Teresa Kok.

Ya, memang tak dinafikan usaha penanaman buluh ini cuba di bawa oleh Teresa Kok dan memang terbukti kelebihannya sebagai tanaman yang membawa pulangan lumayan. Namun ada sedikit perbezaan maklumat yang sampai kepada masyarakat yang menyebabkan idea tersebut kelihatan tidak bijak.

Sewaktu Teresa Kok membawa idea itu dulu yang menyebabkan kemarahan rakyat bukanlah kerana rakyat marah dan tak suka pada buluh, namun yang jadi masalah ialah disuruhnya golongan petani untuk pakat tebang getah dan sawit, ganti dengan tanaman buluh untuk atasi masalah harga komoditi getah dan sawit yang jatuh merudum ketika itu. Itulah isu sebenarnya!

Ditambah lagi dengan cadangan kurang bijak Teresa Kok yang menyuruh penoreh untuk pegi menoreh dengan baju hujan menyebabkan idea tersebut gagal dibawa dan ditolak sepenuhnya.

Idea penanaman buluh yang dikemukakan oleh Dr Khairuddin adalah lebih bernas iaitu bangunkan tanaman buluh sebagai tanaman komersial dan pada masa yang sama terus perkasakan tanaman komoditi sedia ada seperti getah, sawit dan lain-lain. Berikut idea-idea yang dikemukakan oleh Dr Khairuddin;

Keuntungan yang tinggi menjadi sebab utama perlunya perlaksanaan penanaman buluh. Kita ambil contoh katakan satu hektar tanah ditanam dengan buluh komersial, satu hektar boleh ditanam sebanyak 400 rumpun buluh yang mana pendapatannya adalah sebanyak RM32,000 ke RM80,000 setiap kali dituai. Itu jika satu hektar, bayangkan jika 100 hektar, paling kurang dapat RM3.2 juta.

Kerajaan juga melalui kementerian akan memberikan pinjaman mudah untuk pembangunan penanaman buluh sebanyak RM10,000 bagi setiap hektar. Jika ada petani yang ingin mengusahakan buluh seluas 100 hektar, petani tersebut boleh memperoleh pinjaman sehingga RM1,000,000 daripada kerajaan. Pinjaman adalah dalam bentuk perbankan Islam (berbeza dengan pentadbiran terdahulu yang memberikan pinjaman dalam bentuk konvensional) iaitu tempoh pinjaman adalah selama 15 tahun dan hanya dibayar pada tahun ke-7.

Kesimpulannya, masyarakat khususnya golongan mahasiswa perlu bersikap lebih kritis dalam membaca isu ini. Perbandingan yang lebih teliti perlu diadakan dalam membandingkan idea yang dikemukakan oleh Teresa Kok dan idea Dr Khairuddin. Akhir kata, idea yang dikemukakan oleh Dr Khairuddin adalah yang lebih sesuai dalam mendepani isu komoditi sebagaimana yang telah disebutkan dalam isi tulisan.

Faiz al-Mujahid,
Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This