ISLAM SUMBER SOLUSI BUKAN FOBIALISASI

Oleh Media SiswaPAS

Pada February 16, 2020
"

Baca Lagi

ISLAM SUMBER SOLUSI BUKAN FOBIALISASI

 

1. Pada tarikh 10 Februari 2020, seperti biasa Setiausaha Agung DAP YB Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan jelas menunjukkan bahawa beliau cuba untuk menaikkan sentimen Islamphobia kepada kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

 

2. Beliau berkata negara akan menghadapi zaman kegelapan atau dark age jika Parti Islam se-Malaysia (PAS) memerintah negara.

 

Kenyataan beliau boleh di baca pada pautan di bawah:

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/10/negara-hadapi-zaman-gelap-seperti-kelantan-jika-pas-berkuasa-kata-guan-eng/

 

3. Disebabkan kenyataan beliau yang berbau rasis serta Islamophobia itu, Ketua Pemuda PAS Ir Haji Khairil telah memberikan amaran keras dalam kenyataan rasmi beliau.

 

Kenyataan Ketua Pemuda PAS boleh dibaca pada lampiran di bawah:

 

AMARAN KERAS UNTUK LIM GUAN ENG: HENTIKAN POLITIK FEARMONGERING DAN KEBENCIAN1. Dewan Pemuda PAS Malaysia memberikan…

Posted by Ir. Khairil Nizam on Tuesday, February 11, 2020

 

4. Kenyataan Lim Guan Eng turut dibalas keras oleh Ahli Parlimen Pasir Mas YB Ustaz Fadhli Shaari yang menyifatkan Lim Guan Eng sebagai orang yang buta dan tidak cakna dengan situasi negara yang parti beliau tadbir sendiri.

 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155902811829567&id=594749566

 

5. Kami daripada pihak Kelab Mahasiswa Penyokong PAS (SiswaPAS) amat kesal dengan kenyataan yang mengambarkan betapa ceteknya akal serta hina nya permainan politik daripada seorang Menteri Kewangan Malaysia.

 

6. Kenyataan Lim Guan Eng lansung tiada sebarang sandaran fakta untuk mengatakan bahawa negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS mundur berbanding negeri-negeri lain.

 

7. Kami ingin berpesan kepada Lim Guan Eng agar berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana anda merupakan seorang menteri kepada Negara Malaysia bukan menteri kepada parti anda sahaja.

 

8. SiswaPAS juga ingin berpesan kepada mana-mana pemimpin Islam mahupun bukan Islam yang jelas memusuhi Islam bahawa sepanjang tempoh kehidupan manusia daripada zaman Adam hingga ke penghujungnya, tiada lagi seorang pun manusia mampu untuk melarikan diri daripada hari pembalasan.

 

Wallahualam. Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada menteri-menteri yang memusuhi Islam

 

Ahmad Yazid Aiman bin Yahya

Timbalan Pengerusi

Kelab Mahasiswa Penyokong PAS

 

#MahasiswaIntelektual

#SiswaPAS

#DemiIslam

#IslamMemimpinPerpaduan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This