Category: Minda Presiden
ANTARA PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) DAN SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR
Minda Presiden PAS ANTARA PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) DAN SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lahir daripada Sidang Kemuncak Islam yang diadakan di Rabat, Maghribi selepas tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa beberapa dekad pada abad yang lalu. Ia ditubuhkan untuk meredakan kebakaran di hati umat Islam yang kuat menyala dengan nyalaan api Al-Aqsa dan […]
ISLAM DI PERSIMPANGAN KEJAHILAN UMAT DAN KELEMAHAN ULAMA
Minda Presiden PAS Sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ISLAM DI PERSIMPANGAN KEJAHILAN UMAT DAN KELEMAHAN ULAMA Islam adalah kurniaan Allah yang tidak terhingga, tiada bandingan dan tandingannya menjadi hidayah (petunjuk) yang sempurna, adil dan rahmat kepada seluruh manusia dan alam. Dalam semua urusan dunia, Islam menjadi jambatan ke akhirat yang berkekalan. Kesempurnaan Islam merangkumi […]
KETEGASAN BERJENAMA ISLAM – Minda Presiden
Minda Presiden PAS KETEGASAN BERJENAMA ISLAM Selepas hilangnya pengaruh Islam dalam arena politik antarabangsa apabila tiada negara yang mendaulatkan Islam setelah dijajah tanah airnya dan tiada negara Islam berkuasa besar memayunginya, menyebabkan Islam dikepung di segenap penjuru, termasuk oleh umat Islam sendiri yang jahil dan terjajah pemikirannya, sehingga ada yang menghilangkan jenama Islam, khususnya di […]
Jangan jadi parti ‘Pepsi Cola’ – Minda Presiden
Pepsi Cola adalah minuman ringan terkenal di seluruh dunia yang mengeluarkan sekejap sahaja gas kuat apabila dibuka penutupnya. Ia mempunyai perisa gula dan lain-lain yang sedap diminum sementara waktu, namun mempunyai kesan sampingan yang tidak dipedulikan oleh penggemarnya. Memilih prinsip, konsep dan matlamat perjuangan kehidupan manusia yang sangat panjang perhitungan dan banyak cabarannya, tidak boleh diterjemahkan […]
Komunis ‘Kembar Siam’ penjajah
WALAUPUN Chin Peng sudah menjadi abu yang ditaburkan, pertelingkahan berkenaannya berlaku bukan hanya cerita abu dan habuk sahaja, tetapi selepas itu diadakan majlis sambutan yang diatur oleh pihak yang mendedahkan diri mereka sebagai menghargai perjuangan Chin Peng atau sekadar memperingati perjuangannya menentang penjajah British tanpa menilai ideologi perjuangan yang menegakkan ideologi komunis dan kembarnya sosialis. Semua […]
Apa erti bendera? – Minda Presiden
APABILA Rasulullah S.A.W. menghantar sahabatnya Al-Harith bin ‘Umair Al-Azdi membawa surat perutusan kepada Syurahbil bin ‘Amar (pemerintah Ghassan) di bawah jajahan takluk Rom Timur, tiba-tiba sahabatnya dibunuh, tindakan zalim itu melanggar adat seluruh dunia yang mengharamkan membunuh utusan, walaupun daripada musuh. Ia merupakan satu peraturan yang diterima oleh Islam dan membunuh utusan dikira satu perisytiharan perang. […]
MENCEMARI PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Minda Presiden PAS MENCEMARI PERJUANGAN KEMERDEKAAN Berita melaporkan diadakan upacara memperingati perjuangan komunis dan disenaraikan pula dalam perjuangan kemerdekaan menentang penjajah oleh kumpulan yang diketahui umum. Tindakan tersebut sangat tidak menghormati perjuangan kemerdekaan yang sebenar oleh umat Islam di tanah air ini yang telah menentang penjajah sejak kedatangan Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511M, sehinggalah […]
Awas! Ancaman Israel – Minda Presiden
Minda Presiden PAS AWAS! ANCAMAN ISRAEL Senario sebelum sebelum Arab Spring dan pascanya menyaksikan semua negara yang dianggap ancaman yang mengepung negara haram Israel akan dikacau bilaukan. Isu yang dinyalakan sangat manis dan menarik di atas nama menegakkan demokrasi, melawan kezaliman, memprotes terhadap inflasi dan membangkitkan isu perkauman dan mazhab yang berlainan. Padahal negara tersebut […]
Mengenali politik Islam
Kepada sesiapa yang bertanya: Mengapa PAS yang mendukung politik Islam berubah-ubah pendekatan, langkah dan sikapnya dalam menangani isu dan penyelesaian masalah sehingga ada yang cepat menuduh PAS tidak beristiqamah dan mempermainkan agama Islam? Perlu difahami bahawa Islam adalah Al-Din mengikut Bahasa Arab yang dijadikan Bahasa Al-Quran, berbeza dengan perkataan ‘agama’, ‘religion’ dan perkataan lain yang seerti […]
PRK Tg Piai: Menolak budaya ekstrem
PAS diserang paling hebat secara khusus oleh DAP yang mendominasi PH tanpa menghormati Perdana Menteri yang dilantik melalui PRU 14. Walaupun mereka menonjolkan ke hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi PM, tetapi sebenarnya merekalah yang mahu mengambil alih kepimpinan negara dan akhirnya melompat menjadi PM, walaupun pihak lain sangat rakus sehingga tidak sabar-sabar menunggu […]