CADANGAN: MORATORIUM 2 BULAN UNTUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN LPPSA

Oleh Aljazari

Pada April 9, 2020
"

Baca Lagi

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

9 April 2020 | 15 Syaban 1441 H

CADANGAN: MORATORIUM 2 BULAN UNTUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN LPPSA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) prihatin berkenaan permintaan penjawat awam dan pesara kerajaan tentang penangguhan atau moratorium ansuran bulanan pembiayaan perumahan LPPSA. Perbankan tempatan telah memberikan 6 bulan moratorium, hasil saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meransang ekonomi negara dan memberikan lebihan aliran tunai kepada rakyat untuk berbelanja melihat kepada krisis kesihatan dan ekonomi pada hari ini.

Pemuda PAS juga cakna berkenaan kelangsungan (sustainability) dan sumber kewangan LPPSA yang terkesan sekiranya memberikan penangguhan atau moratorium selama 6 bulan akan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 billion.

Sehubungan itu, Pemuda PAS mencadangkan agar LPPSA berbincang dengan institusi kewangan yang memberikan pinjaman atau pembiayaan modal kewangan kepada LPPSA sekiranya boleh ditangguhkan bayaran selama 2 bulan minimum. Seterusnya memberikan peluang kepada LPPSA bagi kelonggaran penangguhan atau moratorium kepada penjawat awam & pencen kerajaan selama 2 bulan.

Pemuda PAS percaya penangguhan atau moratorium dalam *tempoh 2 bulan* memberikan makna & jumlah yang besar kepada penjawat awam & pesara kerajaan sekali gus tidak memberikan kesan yang besar kepada sumber kewangan LPPSA.

Pemuda PAS juga berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan saranan DPPM khususnya kementerian Kewangan dalam menasihati LPPSA dalam isu ini.

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#DemiIslam
#UntukMuMalaysia

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This