BANTUAN PRIHATIN TAMBAHAN, GELOMBANG PEMIMPIN UNTUK RAKYAT.

Oleh Aljazari

Pada April 6, 2020
"

Baca Lagi

BANTUAN PRIHATIN TAMBAHAN, GELOMBANG PEMIMPIN UNTUK RAKYAT.

Isnin 6 April | 12 Syaban 1441H.

1. Sekali lagi, pengumuman PM berkenaan PRIHATIN TAMBAHAN menjadi tumpuan, dan kali ini memberi fokus kepada kegelisahan pemain industri dan para peniaga PKS yang paling terjejas dalam musim wabak pandemik CoVid19 yang begitu dahsyat.

2. Pemuda PAS meneliti secara mendalam setiap perincian yang telah diumumkan, dan Pemuda PAS teruja dan berterima kasih atas keprihatinan yang sangat khusus kepada para penerima di peringkat peniaga dan majikan.

3. Inisiatif bantuan penambahan kos paling besar iaitu gaji pekerja antara yang memberi nafas lega oleh majikan dan peniaga dan Pemuda PAS yakin, bantuan ini adalah ikhtiar yang paling tepat bagi sebuah kerajaan yang begitu prihatin akan nasib yang sedang menimpa semua pihak.

4. Pemuda PAS menyeru, dengan segala bentuk bantuan yang diberikan kerajaan, akhirnya fokus utama yang paling besar adalah untuk memastikan penularan wabak CoVid19 ini berjaya dibendung disamping memberi ruang untuk semua pihak bertenang dan memupuk semangat bersatu hati untuk perjuangan berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan ini.

5. Pemuda PAS akan membantu untuk terus memberi penerangan yang tepat daripada masa ke masa bagi memastikan seluruh rakyat mengerti yang kerajaan yang memimpin Malaysia ini akan terus dipacu dan bersedia untuk memenuhi hasrat masa depan yang lebih baik dan diberkati Allah SWT.

“Demi Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”
“No One Left Behind”

Ir Khairil Nizam
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#NoOneLeftBehind
#PRIHATIN
#UntukmuMalaysia

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SubscribeSiswaPAS

Isi nama dan email untuk dapatkan update dari kami!

You have Successfully Subscribed!

Share This