5 TIPS KERJAYA BUAT JURUTERA MUDA
Antara tips kerjaya yang boleh diaplikasikan buat jurutera muda:
1. Dapatkan mentor berpengalaman luas dalam bidang yang diceburi
Seorang jurutera muda, pastinya masih memerlukan tunjuk ajar daripada individu yang berpengalaman luas untuk dijadikan sebagai rujukan. Mentor yang berpengalaman dapat berkongsi idea dan pengalaman yang belum dialami jurutera muda di samping dapat mengelakkan kesilapan berulang kali dilakukan.
2. Membina rangkaian dengan penglibatan dalam pertubuhan/NGO jurutera
Penglibatan diri dalam Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO) mampu membina rangkaian dengan jurutera-jurutera yang lebih berpengalaman. Di Malaysia, pelbagai badan/persatuan jurutera diwujudkan bagi mengumpulkan jurutera seperti IEM, IFE, ACEM, MINDA dan lain-lain. Penglibatan diri dalam pertubuhan/NGO, jurutera muda boleh bertukar pandangan/berinteraksi dengan jurutera lain dalam mengembangkan ilmu kejuruteraan sedia ada.
3. Meningkatkan kemahiran & ilmu kejuruteraan
Peningkatan kemahiran seorang jurutera boleh dinilai melalui kemahiran yang mereka ada melalui ‘soft-skills’ mahupun dalam ‘technical skills & knowledge’.
‘Soft-skills’ seperti ‘interpersonal skills, negotiation skills, leaderships skills, decision-making and problem-solving’ penting dalam interaksi bersama rakan kerja yang lain.
Manakala, ‘technical skills & knowledge’ seperti penggunaan ‘software design engineering, AutoCAD, Inventor, Microsoft Offices, Matlab, Programming, Regulation, Codes and Standard’, sangat membantu dalam menyelesaikan tugasan kejuruteraan.
Bagi meningkatkan kemahiran ini, jurutera muda boleh menghadiri kursus-kursus kemahiran tambahan yang diperlukan. Perbanyakkan bahan bacaan kejuruteraan dan berinteraksi dengan pelbagai tahap lapisan posisi bidang kejuruteraan lain juga dapat mencambahkan ilmu pengetahuan seorang jurutera.
4. Menjauhkan diri dari jenayah & budaya kerja tidak sihat
Jenayah & budaya kerja tidak sihat seperti amalan rasuah, curi tulang sewaktu kerja, menipu ‘result’, menangguh-nangguh kerja diperolehi perlu dielakkan jurutera muda kerana menggambarkan sikap yang tidak jujur dan mencerminkan akhlak yang buruk.
Bagi jurutera muslim, mereka perlu menjalankan kerja dengan amanah sebagaimana firman Allah SWT;
إِنَّ خَيرَ مَنِ استَئجَرتَ القَوِيُّ الأَمينُ
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah” (Surah Qasas, 28: 26)
5. Perkemaskan matlamat & perancangan kerjaya
Seorang jurutera muda perlu meletakkan matlamat yang jelas di samping memperkemaskan perancangan kerjaya supaya tidak menyimpang dan terus kekal dengan matlamat.
Akhir kalam, menjadi jurutera bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan proses pembelajaran berterusan. Teruskan iltizam mengembangkan potensi agar lebih berdaya saing dalam menyumbang kepada diri, agama, masyarakat dan juga negara. Semoga berjaya!
Disediakan oleh: Ahmad Irsyad
Penulis merupakan AJK & Ahli Kluster Kejuruteraan, JPro DPPM. Bekerja sebagai jurutera projek di salah sebuah syarikat swasta serta aktif dalam aktiviti dakwah dan penulisan.
Leave a Reply